Sistem Membina Daya Ingatan
Cepat dan Mudah

1. Setakat Manakah Tajamnya Pemerhatian Anda

Adakah apa yang anda lihat itu terpahat dalam ingatan anda? Lampu manakah yang terletak di atas sekali pada lampu isyarat? Kepentingan pemerhatian dalam ingatan.

2. Tabiat adalah Ingatan

Apa yang dinamakan kurang daya ingatan itu sebenarnya tidak ada, yang ada hanyalah ingatan terlatih atau tidak terlatih. Keupayaan daya ingatan tiada hadnya. Lucius Scipio dapat mengingati nama semua rakyat Rome; Seneca boleh mengingati dan menghafal dua ribu perkataan selepas mendengarnya sekali.

3. Uji Ingatan Anda.

Jika anda boleh mengingati mana-mana satu perkara melalui perkaitan, maka anda boleh melakukannya dengan apa-apa sahaja yang lain. Satu siri ujian untuk anda ambil bagi menunjukkan betapa terbatasnya ingatan tidak terlatih anda.

4. Minat Dalam Daya Ingatan

Langkah pertama ialah berminat mengingati nama, muka, tarikh, angka, fakta - apa-apa saja dan anda yakin dengan kebolehan anda untuk melatihnya semula.

5. Kaedah Hubungan dalam Mengingat

Apakah itu Kaedah Hubungan? Gunakan kaedah ini untuk mengaitkan imej mental yang tidak munasabah dengan benda-benda yang anda mahu ingat. Mulalah mengingat seolah-olah anda tidak pernah mengingat sebelum ini.

6. Sistem Pasak dalam Mengingat

Sistem Pasak membantu anda mengaitkan dan mengingati nombor. Anda boleh belajar mengingati 52 benda dengan menggunakan nombor, mengikut susunan dan tidak mengikut susunan.

7. Kegunaan Sistem Pasak dan Sistem Hubungan

Mulakan dengan mengingati Senarai Membeli-belah dan Kerja Harian. Dari sini anda akan beralih kepada aksi yang lebih sukar.

8. Cara-cara untuk Melatih Pemerhatian Anda

Uji diri anda sendiri (dan kawan-kawan anda) dengan papan tanda yang penuh muslihat. Cara-cara menajamkan dan mengembangkan keupayaan pemerhatian anda.

9. Ada Faedahnya Mengingati Ucapan, Rencana, Skrip dan Anekdot

Cara-cara menyimpan kandungan ucapan atau skrip untuk penyampaian dalam ingatan dan menggunakannya apabila mahu. Cara-cara mengingati seluruh kandungan majalah!

10. Ada Faedahnya Mengingati Daun Terup

Cara-cara mengingati susunan daun terup dalam mana-mana permainan daun terup. Cara-cara mempersembahkan aksi daya ingatan dengan menggunakan daun terup.

11. Ada Faedahnya Mengingati Nombor Digit yang Panjang

Cara-cara mengingati nombor - panjang, pendek, mengikut urutan dan tidak mengikut urutan.

12. Beberapa Pasak untuk Kecemasan 

Cara-cara Abjad dapat membantu daya ingatan anda.

13. Ada Faedahnya Mengingati Tarikh

Cara-cara mengingati mana-mana tarikh; cara-cara mempersembahkan muslihat dengan menggunakan hari dan tarikh; belajar membuat muslihat "kalendar kekal" yang menakjubkan.

14. Ada Faedahnya Mengingati Perbendaharaan Kata Asing dan Maklumat Abstrak

Belajar sistem kata ganti untuk membantu anda mengingati kata-kata asing yang sukar, pemikiran dan idea-idea abstrak.

15. Ada Faedahnya Mengingati Nama dan Muka

Pahatkan nama dalam ingatan anda; kaitkan nama dan muka dengan sesuatu yang bermakna kepada anda.

16. Apa ada pada Nama?

Lebih banyak panduan tentang cara-cara mengingati nama. Kata ganti dan simbol untuk nama.

17. Lagi Tentang Nama dan Muka

Anda perlu tahu cara mengaitkan nama ini dengan muka dalam cara yang sedemikian rupa untuk mengingati kedua-duanya.

18. Ada Faedahnya Mengingati Fakta Tentang Seseorang

Semakin banyak yang dapat anda ingati tentang orang yang anda temui, semakin banyak kejayaan dan kebahagiaan yang anda akan kecapi dalam kehidupan sosial dan perniagaan anda.

19. Ada Faedahnya Mengingati Nombor Telefon

Cara anda dapat mengingati sebarang nombor telefon dengan cara yang paling mudah.

20. Pentingnya Daya Ingatan

Cara ingatan terlatih membantu lelaki dan wanita yang berjaya dalam aktiviti dan kerjaya mereka.

21. Jangan Jadi Pelupa

Cara menangani dan mengatasi kebuntuan mental.

22. Buatkan Teman-teman Anda Berasa Kagum

Pelajari aksi daya ingatan "400 digit" yang sukar dipercayai dan buatkan teman-teman anda berasa sangat kagum.

23. Ada Faedahnya Mengingati Temu Janji dan Jadual

Cara yang mudah untuk mengingati temu janji dan jadual harian dan mingguan anda.

24. Ada Faedahnya Mengingati Ulang Tahun, Hari Jadi dan Tarikh Penting yang Lain

Cara menggunakan kaedah-kaedah yang telah anda pelajari untuk mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup anda.

25. Demonstrasi Daya Ingatan

Pelajari cara menghafal Kod Morse dalam masa hanya setengah jam.

26. Gunakan Sistem-sistem ini

Sekarang, dengan penuh keyakinan, anda boleh mengingati harga, nombor gaya, ibu negeri, kalori, fakta dan idea - apa-apa sahaja yang anda mahu ingat.

Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started